PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MASKOT “LABUAN ASPIRING GEOPARK”

LABUAN DUATHLON CHALLENGE 2020
February 13, 2020
500 participants for Labuan Duathlon Challenge
February 13, 2020

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MASKOT “LABUAN ASPIRING GEOPARK”

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MASKOT “LABUAN ASPIRING GEOPARK”

Pada tahun 2018, satu kajian untuk membuat penilaian potensi Labuan untuk dijadikan sebuah geopark telah dilaksanakan. Melalui beberapa siri lawatan tinjauan telah mendapati bahawa Pulau Labuan mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah geopark.

Beberapa parameter telah digunakan untuk mengenalpasti keunikan sesuatu kawasan semasa tinjauan awal. Antara kategorinya adalah Maklumat Umum, Kepelbagaian Geologi, Kriteria Warisan, Kegetisan, Taraan dan Cadangan Pemuliharaan & Pembangunan.

Antara tempat-tempat tinjauan adalah Tanjung Batu, Chimney Walking Trail, Bekas Lombong Batu Arang dan beberapa tempat lagi. Berdasarkan cerapan ringkas di lapangan, Pulau Labuan didapati mempunyai sekurang-kurangnya 7 tapak geologi bernilai warisan tinggi bertaraf kebangsaan. Oleh yang demikian, Labuan layak dipertimbangkan menjadi Geopark Kebangsaan dan yang pertama di Wilayah Persekutuan.

Tapak-tapak yang dikenalpasti perlu dipulihara dan dibangunkan untuk tujuan promosi dan menambah nilai pelancongan di Labuan. Untuk tujuan ini, Perbadanan Labuan mengadakan Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot dengan tema Labuan Aspiring Geopark.

Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Mencipta Logo Dan Maskot “Labuan Aspiring Geopark”

En Ag. Aizal Ag. Anak
(T)​+60 12 590 7115
(E)​[email protected]

 

Comments are closed.