
Tabung dan Insentif Pelancongan
Tabung Pelancongan
Tabung Pelancongan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk membantu para pengusaha industri pelancongan membangunkan atau mengembangkan produk pelancongan seperti premis penginapan pelancongan, kemudahan-kemudahan dan lain-lain projek yang berkaitan serta diklasifikasikan sebagai pelancongan. Pinjaman Tabung Pelancongan iaitu Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Tabung Khas Pelancongan (TKP) di bawah Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) adalah ditawarkan sehingga 31 Disember 2020. Lazimnya, permohonan bagi Tabung Pelancongan akan dibentangkan ke Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP) dan permohonan yang disokong dipanjangkan kepada bank berkaitan untuk penilaian selanjutnya memandangkan kelulusan pinjaman adalah tertakluk kepada keputusan dan penilaian akhir pihak bank pentadbir.
Mulai tahun 2021, Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pelanjutan bagi insentif pinjaman Tabung Pelancongan ini berdasarkan prosedur, terma dan syarat yang terkini. Tabung Infrastruktur Pelancongan di bawah BPMB telah dijenamakan semula kepada Skim Infrastruktur Pelancongan dan Tabung Khas Pelancongan 2.0 di bawah SME Bank. Berdasarkan kepada norma baharu dan pendekatan semasa terhadap penawaran Tabung Pelancongan, MOTAC melalui JKPTP telah bersetuju dengan prosedur yang baharu iaitu permohonan dikemukakan terus kepada pihak bank pentadbir terlebih dahulu untuk penilaian sebelum permohonan dibentangkan kepada JKPTP. Sokongan JKPTP hanya akan diperolehi setelah pihak syarikat/koperasi melepasi penilaian saringan oleh bank pentadbir.
Prosedur baharu permohonan bagi Tabung Pelancongan adalah berkuat kuasa mulai 1 April 2021. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila hubungi talian Tabung Pelancongan 03-8891 7492 / 7503 / 7469 / 7480 atau email kepada [email protected]. Carta alir prosedur, terma dan syarat serta pautan (link) permohonan bank pentadbir adalah seperti dinyatakan.
Muat Turun
- Carta Aliran Kerja Mesyuarat Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan
- Skim Infrastruktur Pelancongan (SIP)
- Tabung Khas Pelancongan (TKP) 2.0
GARIS PANDUAN PERMOHONAN GALAKAN CUKAI (PELANCONG DOMESTIK)
PENGENALAN
Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan domestik dalam Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran boleh membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk sokongan bagi pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 346 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2016 Akta Cukai Pendapatan 1967.
SYARAT – SYARAT
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang menyediakan pakej pelancongan domestik bagi pelancongan dalam Malaysia yang digunakan oleh pelancong tempatan, termasuk pengangkutan melalui udara, darat atau laut dan penginapan.
- Membawa masuk tidak kurang daripada 1,500 pelancong domestik dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran. Syarikat-syarikat pengusaha pelancongan WAJIB mengemukakan nombor kad pengenalan bagi pelancong domestik kepada Kementerian ini bagi tujuan penilaian.
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mempunyai lesen yang sah semasa memohon sokongan pelepasan cukai.
- Permohonan pelepasan cukai adalah bagi tahun taksiran 2020 sahaja.
- Permohonan sokongan pelepasan cukai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia perlu dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tahun kewangan syarikat berakhir.
- Sekiranya diminta, pihak Audit Awam bertauliah/syarikat hendaklah mengemukan dokumen-dokumen (bil/resit/inbois/itinerari) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut untuk disemak oleh pihak Kementerian. Dokumen-dokumen tersebut perlu disediakandalam Bahasa Melayu/Inggeris.
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang memohon pengecualian cukai hendaklah menyenggara suatu akaun berasinganbagi pendapatan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang layak diberi pengecualian tertakluk kepada syarat akaun tersebut dipersetujui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hanya akan dikemukakan kepada syarikat pengusahaan pelancongan setelah pihak Kementerian berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan oleh Audit Awam yang bertauliah/syarikat.
TATACARA PERMOHONAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi kemukakan kepada :
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri
Tingkat 14, Menara 1
No. 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tidak ‘terikat’ untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan permohonan.
- Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Permohonan yang disokong untuk tujuan pelepasan cukai adalah tidak secara automatik melayakkan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kelulusan untuk pelepasan cukai. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Borang Permohonan Galakan Cukai adalah percuma dan tidak melibatkan apa-apa kos pendaftaran.
- Borang Permohonan Galakan Cukai hendaklah ditaip.
GARIS PANDUAN PERMOHONAN GALAKAN CUKAI(PELANCONG ASING)
PENGENALAN
Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan dengan membawa pelancong asing ke Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran boleh membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk sokongan bagi pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 345 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2016 Akta Cukai Pendapatan 1967.
SYARAT – SYARAT
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang menyediakan pakej rombongan pelancongan rangkum semua ke atau di Malaysia atau di mana-mana tempat dalam Malaysia yang digunakan oleh pelancong dari luar Malaysia, termasuk pengangkutanudara, darat atau laut, dan penginapan.
- Membawa masuk tidak kurang daripada 750 pelancong asing dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran. Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan WAJIB mengemukakan nombor passport bagi pelancong asing kepada Kementerian ini bagi tujuan penilaian.
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mempunyai lesen yang sah semasa memohon sokongan pelepasan cukai.
- Permohonan pelepasan cukai adalah bagi tahun taksiran 2020 sahaja.
- Permohonan sokongan pelepasan cukai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia perlu dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tahun kewangan syarikat berakhir.
- Sekiranya diminta, pihak Audit Awam bertauliah/syarikat hendaklah mengemukan dokumen-dokumen (bil/resit/inbois/itinerari) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut untuk disemak oleh pihak Kementerian. Dokumen-dokumen tersebut perlu disediakan dalam Bahasa Melayu/Inggeris.
- Syarikat-syarikat pengusahaan pelancongan yang memohon pengecualian cukai hendaklah menyenggara suatu akaun berasinganbagi pendapatan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang layak diberi pengecualian tertakluk kepada syarat akaun tersebut dipersetujui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hanya akan dikemukakan kepada syarikat pengusahaan pelancongan setelah pihak Kementerian berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan oleh Audit Awam yang bertauliah/syarikat.
TATACARA PERMOHONAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi dikemukakan kepada :
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri
Tingkat 14, Menara 1
No. 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tidak ‘terikat’ untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan permohonan.
- Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Permohonan yang disokong untuk tujuan pelepasan cukai adalah tidak secara automatik melayakkan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kelulusan untuk pelepasan cukai. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Borang Permohonan Galakan Cukai adalah percuma dan tidak melibatkan apa-apa kos pendaftaran.
- Borang Permohonan Galakan Cukai hendaklah ditaip.
Muat Turun
- Borang Permohonan Galakan Cukai Bagi Pengusaha Pelancongan (Pelancong Domestik)
- Borang Permohonan Galakan Cukai Bagi Pengusaha Pelancongan (Pelancong Asing)
- Senarai Semak Galakan Cukai
Insentif Potongan Cukai Penajaan
Potongan Cukai Penajaan Aktiviti Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Di Bawah Subseksyen 34(6)(k) Akta Cukai Pendapatan 1967
PENGENALAN
Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta secara lebih aktif di dalam menaja aktiviti seni, budaya dan warisan, Kerajaan telah membenarkan potongan daripada pendapatan kasar perniagaan yang dilakukan bagi penajaan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
SENARAI SEMAK
1. Bagi mendapatkan Surat Sokongan Penganjuran aktiviti/program tersebut, pihak penganjur/ wakil dikehendaki mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh pelaksanaan yang lengkap dengan dokumen berikut:
- Borang DK/1-SSP;
- Surat permohonan dari penganjur;
- Kertas Kerja Cadangan Aktiviti/ Program;
- Anggaran perbelanjaan program; dan,
- Dokumen sokongan yang berkaitan (sekiranya perlu).
2. Selepas pelaksanaan aktiviti/ program pihak penganjur/ wakil perlu mendapatkan Surat Kebenaran Kelulusan Potongan Cukai dengan mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 90 hari selepas tarikh pelaksanaan yang lengkap dengan dokumen berikut:
- Borang DK/2-SPC;
- Surat permohonan dari penganjur;
- Laporan pelaksanaan aktiviti/ program;
- Laporan perbelanjaan aktiviti/ program;
- Salinan perjanjian penajaan yang menyatakan bentuk dan jumlah penajaan;
- Dokumen sokongan seperti resit pembelian/ bayaran, resit terimaan (bagi sumbangan wang tunai);
- Salinan Surat Sokongan Penganjuran aktiviti/ program daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia;
- Bahan cetakan/ promosi/ buku program; dan,
- Dokumen-dokumen berkaitan (sekiranya perlu).
TATACARA PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap dikemukakan kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar Kebudayaan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Aras 4, Menara 1, No.2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya.
Tel: 03-8891 7064/7593/7399
E-mel: [email protected]
Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Muat Turun
1. Garis Panduan Potongan Cukai Penajaan
2. Borang DK/1-SSP
3. Borang DK/2-SPC
- April 26, 2021
- 3263
- 0 comment
Add Comment
You must be logged in to post a comment.