
Geran Sokongan Pelancongan, Seni & Budaya (GSPSB) 2021
LATAR BELAKANG
- Geran Sokongan Pelancongan Seni & Budaya (GSPSB) bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program/acara pelancongan, seni & budaya oleh pihak swasta dan pemain serta penggiat industri.
- GSPSB adalah peruntukan one-off tahun semasa yang diselia oleh Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC).
- Sejumlah RM24 juta akan digunakan untuk penganjuran program/acara oleh pihak swasta dan penggiat industri di bawah GSPSB sepanjang tahun semasa (2020/2021).
TUJUAN / OBJEKTIF
- Menyemarakkan dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya seperti yang dirangka dalam pelan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah. pemulihan sektor ini yang terjejas teruk susulan penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).
- Memastikan industri pelancongan, seni dan budaya terus berdaya saing dengan memberi sokongan dan bantuan (insentif) kepada pihak swasta, pemain serta penggiat industri untuk mempromosi dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi.
GARIS PANDUAN
Geran Sokongan Pelancongan, Seni & Budaya (GSPSB) 2021
- April 27, 2021
- 594
- Comments Off on Geran Sokongan Pelancongan, Seni & Budaya (GSPSB) 2021